Pengalaman Laser Mata Sepet

Haha. Ok tajuk sebegini rupa pun boleh. Untuk merakamkan detik bersejarah pada hari semalam, mari la saya menaip sepatah dua kata.

Semalam saya menjalankan pembedahan kecil keatas kedua mata saya, lasik la. Yay! Kini (hari pertama selepas hari bedah) saya bebas contact lens dan spek. Yay lagi sekali. Perasaan dia macam, ada contact lens sepanjang masa, tapi sebenarnya tiada pun. So, orang yang tidak pernah atau jarang pakai contact lens, mesti lagi besar impak dia. Impak eh.

Sakit? Hmm, sebelum. Tiada yang sakit masa proses cek tu semua, cuma masa dia besarkan pupil (mata hitam dalam anak mata tu) silau la sikit. Sebab banyak betul cahaya masuk mata. Lepas habis proses tu nanti dia letak something untuk kecilkan balik, tapi ambil masa jugak.

Masa sedang operation, sakit jugak masa proses first untuk create flap atas kornea tu. Macam rasa biji mata kena tekan, tapi masih bearable. Yang tu ja la kena tahan sikit, part kena laser tu, tiada rasa apa-apa pun. Ko duduk diam diam sampai dengar nurse countdown dalam kesamaran, semua ok sajo. Tapi scary la perasaan dia, pembedahan weh, tapi dia bagi peluk bantal dan cover badan dengan selimut. Peluk la bantal tu kuat-kuat dan baca ayat apa yang patut.

Oh haa, before masuk tu, nurse suruh bukak tudung, memang ready inner ninja tu, tapi macam malas pulak mau bukak tudung, so cakap ja la dengan nurse tu, tak kesah lah basah pun, pastu dia selit kapas celah tudung sebelah mata kiri kanan. Tak basah pun tudung lepas tu. Pakai tudung hitam pun. Kalau ikat rambut, buka la sesiap. Sebab baring nanti kepala kena lay flat. Jangan risau, nurse semua sopan dan membantu.

Sejurus lepas operation, doktor akan buat final cek dekat mesin tempat menunggu tu, tengok la apa yang patut. Lepas tu boleh duduk situ kejap untuk tenang kan diri. Tapi saya terus turun, sebab ada sorang nurse tu ajak turun sekali. Turun ja la terus. Masa ni boleh nampak 50% la, boleh pakai selipar dengan yakin. Haha. Tapi saya rasa, better la balik cepat cepat sebelum bius mata tu habis.

Masa habis operation ni, belum solat zohor lagi, dekat masuk waktu asar pulak tu, singgah la masjid kejap. Waze cakap masjid al-ghufran dekat TTDI paling dekat, kitorang redah ja la. Sampai masjid lebih kurang sepuluh minit, ambil wuduk part muka, sapu sapu ratakan air ja, jangan ganas, ingat pesan nurse ok. Haha. Sampai la time tunggu asar masuk, masa ni rasanya bius sudah habis, bro. Mula la episod air mata tiada noktahnya. T_T -- macam ni la rupanya. Dicucuk mencucuk tercucuk. Patutlah doktor pesan, balik ni terus tidur.

Lepas habis solat asar, terus balik rumah, sepanjang tu tak boleh terbuka mata, sakit. Sampai rumah terus tidur. Sedar ja pukul 8, Hanis kejut suruh solat maghrib dan isyak. Mandi sekali. Fuh. Semua tu saya buat tutup mata, kalau buka mata pun 1mm ja. Lepas setel, makan nasi goreng, lapar oi, syukur masih boleh cedok nasi sendiri siap tambah walau dalam kesamaran. Tengok tv kejap, eceh, konon. Pastu naik bilik, tampal pelindung mata, tidur!

Bangun, pukul 6 pagi. Berjaya tengok jam dinding!!! Sakit semua sudah tiada. Syukur. Hehe.