Al-Mulk

"Eh awak, lepas Al-Mulk tak boleh guna telefon la."

- Kak Nadh, di lorong public phone, pada minggu pertama aku mendaftar jadi budak asrama, 2002.

Yang aku ni tengah excited nak call sebab takde orang tak payah beratur. Rupa-rupanya.

Tu la, aku masuk antara first intake dengan second intake. Rules semua aku belasah je, pakai kasut putih tudung tiga segi, baju takde cekak. Belasah saja. Tapi slow slow, aku follow la. Form 1 jangan rebel, peraturan dia.

So pukul 11 tiap-tiap malam akan ada bacaan Al-Mulk (11 berapa aku pun tak ingat dah). Aku rasa semua asrama camtu kan. Surah ni ada 30 ayat pendek.  Budak form 1 wajib hafal surah ni. Aku memang slow bab menghafal ni, ayat 30 pendek tu memang jauh sangat la penghujung dia. Tapi lepas la jugak sebab akak yang tasmi' aku tu bagi hint muka ayat yang aku blank. 

Al-Mulk ni kalau ikut akak naqibah, dia untuk pendinding la, pelindung untuk kita yang tidur tak sedar apa. Perkataan Mulk tu sendiri maksud dia kerajaan kan. Kalau aku tak salah la, pergilah google sekarang. Semoga bukan terpesong. Kiranya bila kita baca Al-Mulk tu terbinalah dinding seperti kerajaan yang kukuh di sekitar pembaca surah ni. At least tu apa yang aku imagine dari tazkirah la kan.

So larangan guna telefon, dengar radio (scanner <-- ini), akan membocorkan dinding Al-Mulk ni. Bocor, bocor, bocor, dan runtuh. Maka sia-sialah bacaan tadi. Benda lagho pun tokleh.

Banyak lagi pesanan akak-akak, tapi aku kan bajet rebel, banyak pula makan kepala ikan bilis, ingatan melusuh.

Abang

Masa saya umur lebih kurang 5 tahun, saya selalu main dengan adik beradik. Eh. Jiran pun ada sekali. Masa tu masih kamceng lagi, belum ada insiden perang bebola lumpur lagi. Ok, so bila bermain dengan adik beradik, bermaksud saya bermain dengan abang dan adik lelaki.

Tapi pada satu hari yang spesifik itu, kitorang tak main terjun terjun bukit pasir pun, cuma berjalan ronda kawasan. Biasalah, jalan batu pasir tak rata, saya tersadung dan jatuh. Sakit woi, tapak tangan berdarah sikit. Jiwa wanita yang kesakitan mentrigger air mata supaya keluar. Abang saya panik, dan terus berkata, "rilek, rilek, tarik nafas, hembus." For that one second, saya terasa disayangi.

Membesar, bila fikir balik, he just wanna save his ass. LOL. 

#ruinedmyownchildhood