Abang

Masa saya umur lebih kurang 5 tahun, saya selalu main dengan adik beradik. Eh. Jiran pun ada sekali. Masa tu masih kamceng lagi, belum ada insiden perang bebola lumpur lagi. Ok, so bila bermain dengan adik beradik, bermaksud saya bermain dengan abang dan adik lelaki.

Tapi pada satu hari yang spesifik itu, kitorang tak main terjun terjun bukit pasir pun, cuma berjalan ronda kawasan. Biasalah, jalan batu pasir tak rata, saya tersadung dan jatuh. Sakit woi, tapak tangan berdarah sikit. Jiwa wanita yang kesakitan mentrigger air mata supaya keluar. Abang saya panik, dan terus berkata, "rilek, rilek, tarik nafas, hembus." For that one second, saya terasa disayangi.

Membesar, bila fikir balik, he just wanna save his ass. LOL. 

#ruinedmyownchildhood

No comments:

Post a Comment