Tahni'ah

Aku baru tahu satu benda tadi. Slowpokenya, slowpoke gila! Aku tak tahu nak melompatkah, menarikah. By the way, kalau la ada yang terbaca post ini, aku tak nak bagitau pun apa perkaranya, (mehh, lame) tapi bila aku tahu ja benda ni, aku kena dengan segera cari saluran untuk curahkan.

Ok, untuk menekankan lagi keslowpokean aku tadi, aku tahu news ni, 2 bulan lambat. Argh, stress aku. Jadi sudahnya bukan news, menjadi olds.

Mencurah-curahnya perasaan ku ini. Kenapakah aku tahu lambat. Mungkin ada hikmah kan? Kot kot la kalau aku tahu masa tu juga, mahu tempah tiket flight terbang terus gi sana bawak hadiah sebesar peti ais. Pastu terbit drama. Pastu, aku pun tak tahu ending dia macam mana.

Hikhikhik. Happynya! Pegi beli kacang la kejap lagi, bagi hadiah untuk diri sendiri. Banyaknya aku mau tulis, tapi aku tahan tahan ja ni.

"Just because you can doesn't mean you should." Kan?

Tahniah. :)

Al-Mulk

"Eh awak, lepas Al-Mulk tak boleh guna telefon la."

- Kak Nadh, di lorong public phone, pada minggu pertama aku mendaftar jadi budak asrama, 2002.

Yang aku ni tengah excited nak call sebab takde orang tak payah beratur. Rupa-rupanya.

Tu la, aku masuk antara first intake dengan second intake. Rules semua aku belasah je, pakai kasut putih tudung tiga segi, baju takde cekak. Belasah saja. Tapi slow slow, aku follow la. Form 1 jangan rebel, peraturan dia.

So pukul 11 tiap-tiap malam akan ada bacaan Al-Mulk (11 berapa aku pun tak ingat dah). Aku rasa semua asrama camtu kan. Surah ni ada 30 ayat pendek.  Budak form 1 wajib hafal surah ni. Aku memang slow bab menghafal ni, ayat 30 pendek tu memang jauh sangat la penghujung dia. Tapi lepas la jugak sebab akak yang tasmi' aku tu bagi hint muka ayat yang aku blank. 

Al-Mulk ni kalau ikut akak naqibah, dia untuk pendinding la, pelindung untuk kita yang tidur tak sedar apa. Perkataan Mulk tu sendiri maksud dia kerajaan kan. Kalau aku tak salah la, pergilah google sekarang. Semoga bukan terpesong. Kiranya bila kita baca Al-Mulk tu terbinalah dinding seperti kerajaan yang kukuh di sekitar pembaca surah ni. At least tu apa yang aku imagine dari tazkirah la kan.

So larangan guna telefon, dengar radio (scanner <-- ini), akan membocorkan dinding Al-Mulk ni. Bocor, bocor, bocor, dan runtuh. Maka sia-sialah bacaan tadi. Benda lagho pun tokleh.

Banyak lagi pesanan akak-akak, tapi aku kan bajet rebel, banyak pula makan kepala ikan bilis, ingatan melusuh.

Abang

Masa saya umur lebih kurang 5 tahun, saya selalu main dengan adik beradik. Eh. Jiran pun ada sekali. Masa tu masih kamceng lagi, belum ada insiden perang bebola lumpur lagi. Ok, so bila bermain dengan adik beradik, bermaksud saya bermain dengan abang dan adik lelaki.

Tapi pada satu hari yang spesifik itu, kitorang tak main terjun terjun bukit pasir pun, cuma berjalan ronda kawasan. Biasalah, jalan batu pasir tak rata, saya tersadung dan jatuh. Sakit woi, tapak tangan berdarah sikit. Jiwa wanita yang kesakitan mentrigger air mata supaya keluar. Abang saya panik, dan terus berkata, "rilek, rilek, tarik nafas, hembus." For that one second, saya terasa disayangi.

Membesar, bila fikir balik, he just wanna save his ass. LOL. 

#ruinedmyownchildhood

Old

Firefox,

You make me feel old.

I am offended.

Isk.

Anak Beruang Dua Ekor


Comel? Takde la comel sangat. Biasa biasa je.


Pun, biasa biasa je.

Takde rasa nak penyek pun.

Pertengahan 2014

Tahun lepas, 2013, tahun ni 2014. Tengah tahun sudah pulak ni. Bulan Jun kan. Maka, update terkini pasal saya, macam ni la, masih lagi bekerja sebagai buruh, masih lagi berada di Tanah Melayu, masih lagi berperasaan membuak-buak ingin pulang ke Borneo, masih happily single, ehem, masih lagi Yeyen dulu, tapi mungkin banyak la perubahan di sini sana, fizikal mahupun mental.

Agak-agak aku ni reti ka mau bisnes?

Haha, soalan yang tiada jawapannya pada orang lain.

Jumpa lagi tahun 2015.