Pelangi

So selama 2 minggu lebih ni, banyak jugak la onak dan duri. Memang wild lah. Dan sekarang masih lagi wild. belum lagi pandai tame.

Aku harap suatu hari nanti, aku dapat la mengawal situasi ni. Boring juga kalau hari-hari begini kan. Bak kata orang-orang Tumblr, kena ada hujan dulu baru keluar pelangi kan. Harapnya, pelangi tu nanti super duper indah la, kalau ada Skittle pun sodap.

Ready or Not, Here I Come.

sambungan
I refuse to continue packing my things before I finish this post. Mehmehmeh.

Gambar-gambar ni berjaman suda, tapi bukan dari zaman batu la. Zaman Steve Jobs baru pencen mengkali. Time ada ada suda laptop bikin tangkap-tangkap gambar time lecturer mengajar di depan. Kihkih. Now that explained why I have a hard time to get an A for Engineering Lab.

By the time you see this post, I am long gone, into the wild of the future. So wish me luck and pray for good things.

Be happy.

Bai.

First Day

first

Rabuday Rotiday

vscocam1

Hai. Saja, datang mau menunjukkan roti. Mihihi.

Siapa boleh tolong nervous untuk aku.

Nervous nda tertanggung ini. Eceh.

Jangan tolong si Piyen, minta puji seja dia tu.

Bai.

Almost Mid of Jan

Hari ni, hari Jumaat. Guling kan bijik mata ke bawah kanan screen, 10.43 AM. Lebih kurang 45 minit makanan tengahari akan dihidangkan.

Tik tok.

Aku rindu Kandingau. Macam sebutan nenek saya dulu. Entah macam mana boleh jadi gitu dari Keningau. Rindu rinduan, bunga, miau, ikan, sarapan, makan tengah hari, malam, mami komplen hari hari aku tengok movie, bunyi-bunyi didi sibuk buat benda dia kalau nda ikan, ayam, bunga nda pun bekuruh tidur berteman bunyi tv sinetron.

Hmm hmm. Makanan, makanan. Mana kau. Duit dalam poket ada RM2. Nasib baik makan free. Malam ni ada jamuan, makan-makan. Malas mau berbakti, mau datang dan makan ja. Ha ha. Pemalas.

Tadi tengok movie The Perks of Being a Wallflower. Best. Nda pandai mau buat review, tapi yang penting best la. Nanti mau baca lagi satu kali buku dia. Banyak kali pun boleh.

Prison break. Terjebak dengan kancah memecah keluar penjara sejak berminggu lalu. Harap-harap sempat habis sebelum semua orang bergerak pulang. Lebih kurang 30 jam untuk habis kan sampai season 4 dan Final Break.

Hai Finn and Jack Harries!!!

2012 + 1

tiles

Bai bai 2012, 2013 pula punya turn. Punya lambat, 6 hari suda 2013. Aku masih ada lagi sini, belum pindah planet lain lagi. So, hidup aku sekarang, menyambung pengangguran. hari tu, boleh la mau cakap tengah training, sekarang habis sudah training, sambung menganggur. Sekarang tidur free, makan tanggung sendiri. Minggu depan makan tengahari free, tempat tinggal pun free. Pening, pening. Tiapalah.

Atas ni gambar random aku mau tayang. Boring kan, jadi aku buka Photoscape, letak la gambar yang ada dalam folder ‘Gambar dari iPod’. IPod pun bolehhh la. Belum ada perancangan mau beli kamera sebenar.

Jadi kalau tengok gambar atas tu, ada gambar durian crepe. Ada hari tu beli satu mau try try, di Mid Valley. Sedap. Beli sekali tu jak la. Sebab, ianya adalah durian, dan cream. RM10. Memang la sedap. Tapi kalau beli durian sebenar dapat sebiji. Sekarang ada crepe oreo la, peach la, macam-macam. Benda-benda sedap kalau digabung memang sedap pula tu kan.

Pastu, ada benda bulat bulat tu. Tu nama dia paung goreng. Rangup, lembut dan sedap. Inti dia ikan. Pakai tepung beras ka tu, nda ingat suda, tapi tu macik buat sendiri tepung dia, pakai tangan. Tiada mesin mesin. Gentel tepung sebiji sebiji, slow slow. Dungun ja dapat ni tau.

Hujung Oktober hari tu, aku konvo. Tiada dapat anugerah apa-apa pun, tapi still gumbira. Mami sama didi datang. Babu Limah pun ada. 4 orang la kami berjalan di Melaka pastu turun KL. Siok! Sebab jalan jalan ni, elaun training aku tolak RM18. Padahal suda minta cuti pun. Tiapalah. apalah RM18 banding dengan kegumbiraan bersama keluarga kan. Eceh.

Masa raya haritu, macik aku bawa oreo cheesecake masa beraya rumah aku. Sedap gila. Pastu aku pun buat la berbekalkan resepi lisan. Sedap wehhh. Hahaha. Aku rasa ada lagi saki baki lemak cream cheese dalam badan aku ni, telampau makan tu cheesecake.

Okey, habis suda cerita. Tahun depan jumpa lagi.