2012 + 1

tiles

Bai bai 2012, 2013 pula punya turn. Punya lambat, 6 hari suda 2013. Aku masih ada lagi sini, belum pindah planet lain lagi. So, hidup aku sekarang, menyambung pengangguran. hari tu, boleh la mau cakap tengah training, sekarang habis sudah training, sambung menganggur. Sekarang tidur free, makan tanggung sendiri. Minggu depan makan tengahari free, tempat tinggal pun free. Pening, pening. Tiapalah.

Atas ni gambar random aku mau tayang. Boring kan, jadi aku buka Photoscape, letak la gambar yang ada dalam folder ‘Gambar dari iPod’. IPod pun bolehhh la. Belum ada perancangan mau beli kamera sebenar.

Jadi kalau tengok gambar atas tu, ada gambar durian crepe. Ada hari tu beli satu mau try try, di Mid Valley. Sedap. Beli sekali tu jak la. Sebab, ianya adalah durian, dan cream. RM10. Memang la sedap. Tapi kalau beli durian sebenar dapat sebiji. Sekarang ada crepe oreo la, peach la, macam-macam. Benda-benda sedap kalau digabung memang sedap pula tu kan.

Pastu, ada benda bulat bulat tu. Tu nama dia paung goreng. Rangup, lembut dan sedap. Inti dia ikan. Pakai tepung beras ka tu, nda ingat suda, tapi tu macik buat sendiri tepung dia, pakai tangan. Tiada mesin mesin. Gentel tepung sebiji sebiji, slow slow. Dungun ja dapat ni tau.

Hujung Oktober hari tu, aku konvo. Tiada dapat anugerah apa-apa pun, tapi still gumbira. Mami sama didi datang. Babu Limah pun ada. 4 orang la kami berjalan di Melaka pastu turun KL. Siok! Sebab jalan jalan ni, elaun training aku tolak RM18. Padahal suda minta cuti pun. Tiapalah. apalah RM18 banding dengan kegumbiraan bersama keluarga kan. Eceh.

Masa raya haritu, macik aku bawa oreo cheesecake masa beraya rumah aku. Sedap gila. Pastu aku pun buat la berbekalkan resepi lisan. Sedap wehhh. Hahaha. Aku rasa ada lagi saki baki lemak cream cheese dalam badan aku ni, telampau makan tu cheesecake.

Okey, habis suda cerita. Tahun depan jumpa lagi.

2 comments:

  1. Geramnye tengok haiwan merah tu mandi. Punya berlagak konon bubble bath dalam tab mewah. Ceh

    ReplyDelete