Saya Sebatang Pensel

Sebagai sebatang pensel, saya amat berdedikasi terhadap tuan saya, si Yeyen. Mungkin bukan tuan, puan. Tapi dia belum berkahwin, mungkin sepatutnya cik bukan. Tapi tuan disitu bermaksud pemilik saya, jadi pergi mampuslah puan mahupun cik. So, si Yeyen ni sangat setia dengan saya, selalu pakai saya menulis dimana sahaja.

Saya ini bukanlah pensel tradisional sebagaimana cerita pensel lain yang mana badan mereka berasaskan kayu, saya ini daripada plastik, pensel tekan tekan, atau nama kejuruteraannya pensel mekanikal. Tapi kehadiran saya di UTeM bukanlah untuk mengambil ijazah kejuruteraan mekanikal. Ya, saya mencuba berlaku lawak. Namun tiada yang gelak.

Saya sebagai pensel kini sudah semakin dilupakan kerana tuan saya, si Yeyen, semakin suka menggunakan pen. Dia tampak yakin menggunakan pen. Kesian saya sebagai pensel ini. Tapi, saya masih dicari bilamana si Yeyen tidak yakin dengan jawapan yang bakal dihentam oleh beliau dalam test ataupun final exam.

Sekian sahaja cerita saya hari ini. Saya harap rakan pen pula dapat berkongsi cerita mereka pula selepas ini. Oh kasihan keyboard ini, banyak kesan lead, harap harap si Yeyen tidak marah dan bolehlah si pemadam mengambil tempat menabur bakti pula.

Sekali lagi sekian.

No comments:

Post a Comment