Ramadhan

One more hour, and Ramadhan is over.

Hello

Selamat mendatangi blog saya. Saya sedang tunggu tengah malam. Sebab apa? Rahsia. Aww, klasik bukan, bermain-main dengan rahsia. Baik tidak menaipnya, jawab saya kembali. Oh ini semakin menjadi-jadi lame nya. Terasa ingin memadam semua, dan bermula baru. Namun tidak perlu, saya rasa ini agak menarik. Teruskan.

Menaip, menaip, menaip.

Saya rasa sampai di sini, saya mencipta memori untuk jangka masa pembuatan karangan ini. Memori? Apakah. Ughhhhh. Sudah, sudah, jangan bergaduh dengan diri sendiri. Banyak hal lain lagi yang boleh dipergaduhkan seperti mana hilang tombol pelaras suhu ketuhar ibu saya atau siapakah yang membeli ais bungkusan bapak besar sehingga memakan ruang sejuk beku peti ais.

Salam malam tujuh likur.

Lompat Tikam II

Lompat Tikam Yeyen
Hari tu, lompat tikam sedap. Kali ni pun sedap jugak. Sengaja diberkuahkan. (Padahal terkurang tepung beras dalam santan). Pulut pink? Comel comel comel. Bahahaha.

Hajat sudah pun terlaksana. Syukur kehadrat Ilahi.

Industri kuih muih tradisional harus dipertahankan. Undilah saya. Gelak gelak stret face.

Ok bai. Jumpa lagi tahun depan.