Ramadhan

One more hour, and Ramadhan is over.

Hello

Selamat mendatangi blog saya. Saya sedang tunggu tengah malam. Sebab apa? Rahsia. Aww, klasik bukan, bermain-main dengan rahsia. Baik tidak menaipnya, jawab saya kembali. Oh ini semakin menjadi-jadi lame nya. Terasa ingin memadam semua, dan bermula baru. Namun tidak perlu, saya rasa ini agak menarik. Teruskan.

Menaip, menaip, menaip.

Saya rasa sampai di sini, saya mencipta memori untuk jangka masa pembuatan karangan ini. Memori? Apakah. Ughhhhh. Sudah, sudah, jangan bergaduh dengan diri sendiri. Banyak hal lain lagi yang boleh dipergaduhkan seperti mana hilang tombol pelaras suhu ketuhar ibu saya atau siapakah yang membeli ais bungkusan bapak besar sehingga memakan ruang sejuk beku peti ais.

Salam malam tujuh likur.

Lompat Tikam II

Lompat Tikam Yeyen
Hari tu, lompat tikam sedap. Kali ni pun sedap jugak. Sengaja diberkuahkan. (Padahal terkurang tepung beras dalam santan). Pulut pink? Comel comel comel. Bahahaha.

Hajat sudah pun terlaksana. Syukur kehadrat Ilahi.

Industri kuih muih tradisional harus dipertahankan. Undilah saya. Gelak gelak stret face.

Ok bai. Jumpa lagi tahun depan.

Update

Mengantuk. :O

Bagi update sikit blog ini. Terbiar benau. Sejak-sejak berkerjaya ni. Kahkah. Kerjaya la sangat kan. So, apa yang terjadi dalam kehidupan Yeyen sehari-hari di musim cuti praktikal ini. Hmm, nothing much, really. Ecei, speakangg.

Sebenarnya aku tengah mengantuk ba ni. Mau kena buat manual untuk Joomla tu. Adehai. Mengantuk yang amat la kalau kena buat benda-benda berkonsepkan teori ni. Tapi demi tanggungjawab kepada pembangunan ICT di Sabah, aku gagahkan. Bahaha. Gagah la konon. Asal mengantuk ja taip-taip sini, mengantuk ja buka live writer. Kehkeh.

:O

Mengantuk Gila

Adei. Mengantuk yang amatlah.

Duduk bawah ekon tengok movie pastu tengok benda baru Joomla jadah ni, buat mata rasa mau tidur ja. Heih. Lepastu kenyang pula. Ui, belum sampai seminggu, gendut suda aku ni tau. Makan seja kerja.

Tiada pa juga ni. Ba, jum la tidur ui. Eh, pukul 1.30pm pula ni kan. Kalau jumpa bantal ni, memang aku tidur la ni. Tidurrrrr.

Apa aku taip ni, pasal mengantuk ka? memang tiada poin pula.

Ba, pasal LI la.

Hari ni terdedah kepada Dreamweaver buat php. Buat sistem, insert, update, delete. Boleh la tahan kacang pistachio yang tiada bukaan. Susah mau buka pun, boleh lagi ketuk pakai tukul. Peh, susah susah, gigit ja ba pakai gigi.

Mengantuk lagi. Lagi. Lagi.

Bila mau masuk call ni. Ngantuk la. Kelip, kelip, kelip, kelip.

Saya segan la pula. Random.

So Long

Masa berlalu macam siput.

Siang hari lagilah. Tolong. Bahaha. Tapi ok la, banding dengan rakan-rakan lain siap ada present bagai. Tapi (eh banyak pula tapi) daripada saya yang tersadai duduk-duduk tunggu tengah hari, tunggu petang.

Mendrill. Mensolder. Peh. Hebak.

First day: Tengok-tengokkan laptop orang, tertukar bahasa cina, tiap kali on reboot. Masalah tidak tersolve pun. OK. Sekian.

Please Stay

Simple

Tak menahan. Bertahan, untuk kemandirian spesis.

Bulan 3 Di Melaka

Bulan 8 di Sandakan. Oh, bulan 8 tahun ni aku selebret di Keningau, cuti yang nikmat. 5 bulan lost contact dengan Melaka. 5? Serius? Bukan 4? Ah, ambil yang max kalau cuti. Jangan ragu-ragu.

Okeh, diam bisu ja. Tapi bersengatkah? Ituuuu yang kita nda tau. Bwahahaha. Relax, relax, masing-masing ambil air, telan chill pill.

Mengambil pengajaran satu benda yang susah untuk otak aku cerna. Nda hadam. Punca yang sama, akibat yang sama, situasi yang sama, akhirnya melakukan kesalahan yang sama dan tidakkah itu tindakan orang bukan cendekiawan?

Sekarang, aku takut. Takut lagi. Tambah takut lagi. Boo! Bahaha. Saiko.

Serius oi, serius. Oh, masih bawah pengaruh chill pill.

Berjalan di tepian sungai, ikut flow, pun bukannya senang. Tiada benda yang senang oi. Even pilihan betul/salah pun ramai yang salah pilih. Memilih ya/tidak pun boleh makan masa jugak kalau jenis macam aku ni.

Manusia, ada garis panduan lengkap menuju kebahagiaan, tinggal follow dengan taat ja, tp ramai juga yang rebel. (Eh pedas la pula air paip rebus ni termasuk cili kehapa ni.) Variasi. Ada yang pakai otak sebaiknya, ada yang exchange suka sama suka dengan lutut.

Sedut nafas dalam-dalam. Okeh, terima kasih encik ituyeyen, kerana telah menjadi medium untuk saya mengembangkan seni mengkerepek. Until next time, bai.

 

 

P/s: THESE ARE JUST SOME RANDOM EXTRACTS FROM MY BRAIN JUICE. Jangan taksub sangat dengan kebolehan kau mentafsir stail babi buta. Simpan saja kelebihan kau yang ini untuk tafsir mimpi kau malam nanti. Boleh jadi kau mimpi dapat satu lagi super power, mengprejudice1. Sweetest nightmare.

[1] A prejudice is a prejudgment, an assumption made about someone or something before having adequate knowledge to be able to do so with guaranteed accuracy. Wikipedia.

Saya Suka Burung Hitam

Source: The Oatmeal

Dan burung merah yang gemuk tu. Bukan yang kecik.

Hancur

DSC00854n

Hilang

Dannn hilang…

Gatal mata, menggosok dari tadi. Sepatutnya aku pegi bersiap sekarang, kelas pukul dua jap lagi. Biarlah, aku mau menaip kejap. Hoh. Azan pun berkumandang.

Hm. Hm. Hm. Lapar, tapi malas mau makan.

Hoi Yoyen! tolong la. tolong bediri tegak. kutip diri kau. bersepah-sepah.

 

Tolong.

 

 

 

 

Tengkiu.

Nescafe

DSC00795

Nescafe tabur, nescafe belum kacau.

Misi Menyelamat-kan

Gua malas. Belum start buka buku lagi nih. Tolong. Tolong.

 

Selamatkan gua.

Tolong.

 

Selamatkan gua.niah.

 

Hadoi bosang la gini. Hai. Bai. Mai. Lai.

 

 

Pointless.

Bangun

Eh,
kalau bangun tidur dapat berita ggehembiraa selalu kan bagus.
Bukan apa, motivasi diri tu kan penting.

Oh, motivasi boleh tunggu slot asssaalaaamualikum dekat hot.fm.
Eh, tu slot motivasi ka makanan rohani.
Kuikuih lompat tikam.
Lazat betul.

Lari jauh-jauh,
aku tengah melepaskan huruf secara rambang.

Cuti.

 

Kahkah. Ni kali la, random.

Still Awake?

Multiple choices.

image

Source: bestoftumblr.com

Mandi

DSC00766pDSC00768p

Gembira betul si Pipie.

Delete

Dear Anonymous,

kau dah buat aku tak nak delete post hari tu. thx.

 

 

 

 

 

:’)

Zzzzz

Tidur punya pasal, akibat kena tanggung la. Heh.

Ditulis Dalam Keadaan Emo

Emo, berapa juta kali emo aku pun nda tau. kau tau la perasaan orang yang beremo sorang-sorang, tiada tempat mengadu. baldihel. aku macam menggila dalam diri, tapi muka senyum seindah suria macam orang gila. kejap tadi emo gila mo mampos, tiba-tiba keluar shower senyum segar bugar. kau paham tak? kau paham tak??? dalam hati tiada simpan harapan langsung tunggu orang menggembirakan, sebab tu kena cari alternatif heal diri sendiri.

aku rasa sebab ni jugak orang selalu buat macam-macam dekat aku. ingat aku ni macam pelapik kaki tulis welcome besar-besar kot. tempat membuang segala habuk-habuk pasir melekat.

aku bukan jenis bercakap, macam orang tua-tua kata, lagi banyak cakap, lagi banyak salah. berkadar terus. yang mana kadang-kadang boleh terjadi tanpa kawalan aku. lepas tu berhari-hari memberi kesan terhadap diri sendiri. heh.

macam orang tua-tua kata, lagi banyak cakap, lagi macam bagus.

balik melaka cerita dekat pipie. cakap seorang-seorang dalam shower. pehhh, kesian tiada kawan boleh bersesembang. forever alone.

kejap lagi aku delete la.

Ahad

Semua orang tengah meroyan besok hari Ahad.

Berhikmah

Semua benda ada kejadian disebaliknya. Behind the scene.

Makan kueteow goreng hongkong.  Disebalik mee kueteow, ada udang nda segar, pakai telur tembelang. (heh tukang masak mana yang kambing betul gitu) Lepastu dalam perut melawas nda menahan. Lepas 2 3 round keluar masuk jamban, perut rasa kempis. Boleh pakai baju ketat sikit. LMAO, lemau.

Baru Habis Bulan Januari

Hilang sudah semua entah tercicir mana. Ceh.image

Ambil Kesempatan

Biasalah, aku memang suka buat benda remeh temeh bila mana aku rasa masa perlu diisi dengan sebaiknya. Contoh macam sekarang, petang kejap lagi ada test, aku belasah ketuk-ketuk keyboard, basuh baju-bajuan, dan memasak lite-lite.

Bila masa banyak meluangkan diri, elok pula aku blank nda tau mau buat apa. Entah mana silap dia.

Bai.

Tenggelam Timbul

Invisible. Jadi invisible ni kadang-kadang benda yang seronok, kadang-kadang boleh jadi benda yang annoying gila. Kau paham ka invisible maksud aku cam mana? Dia lebih kurang macam invisible mode dalam YM, tapi secara dunia sebenar. Tapi tiadalah yang mengannoyingkan bila invisible dalam YM.

Apabendantah aku taip ni.

Apasal macam selow melow ja sekarang ni ha? Ganjil.

Aku Masih Dalam Fasa Kekejutan

Pergh, semuanya berlaku dengan berkilat.

Tidur, dapat call, tidur balik, orang bagi salam, buka pintu, tiba-tiba pooff, dunia maya di celah jari ja sudah. Aku nda sangka pula sebegini cepat, aku assume dalam seminggu dua lagi camtu. Pehh, hari first aku tidur petang 2011 di Melaka kot.

Aku sayang Malaysia macam negara sendiri. KAHKAH.

Semenanjung Malaysia

Aku ada sini KL Sentral, terbiar. Kahkah. Membiarkan diri sendiri.

image

Kadang pandai hilang, kadang pandai ada. Bateri yang blur. Konfius dengan diri sendiri. Aku mau pegi tandas, tapi barang banyak jadi malas. Banyak la sangat kan.

Besok kelas kensel kan, kan, kan.

Ganjil orang tepi-tepi cakap slang semenanjung. Bukan tadi di Sabah ka? Baa, kerinduan la suda konon.

Budak lelaki depan ni makan bekal, bawa dari rumah mungkin, kawan-kawan dia yang lain makan ayam goreng kentaki. Comelnya begitu. Bawa bekal. Sudu warna oren lagi tu.

Boleh Postpone Besok Pegi Minggu Depan?

Boleh?

 

Nda boleh?

 

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZz.

Tua Setahun, Muda Setahun

Diberi pilihan,

lahir 31.12.2010

atau

lahir 01.01.2011

?

Membuka Tirai

Chechengggg.

Besok balik Melaka. Mau main internet puas-puas. Kalau ada rezeki yang memanjang, dapatlah bermain internet selalu.

2011, jom kita mulakan. Kahkah.