Tiada Isnin Biru

Sebab ini cuti. Hari-hari pun boleh jadi warna apa-apa yang aku suka. Hari Ahad aku suka jadikan dia purple.

Di luar sekarang tengah hujan. Mesti kucing kesejukan, ayam pun. Tapi nda pa, diorang ada bulu yang lebat, boleh jadi penebat haba. Kalau salji baru kena risau bawa masuk semua letak bawah selimut. Sebab tu kucing dan ayam tiada di kedua-dua kutub. Wah, otak aku berhubung. Susu apa mami bagi masa kecil-kecil dulu ni ah.

Aktiviti paling aktif aku sekarang ni, lebih kepada game facebook. Millionaire City aku main sebab si Ficqree suruh main, siok kunun dia cakap. Boleh la. CityVille aku main sebab comel. Comel. Nanti mau suruh si Ficqree main. Wajib. Hahaha.

Er. Bai.