Hasutan

Hari tu, kepala otak saya, hasut saya untuk tukar link lagi. Tapi hati saya cakap, eh, janganlah gitu, kalau tukar link isi blog tambah meriah, siok juga. Macam tiada poin juga kalau tukar-tukar, hati saya menambah lagi, konon kasi kuat hujah.

Bagi saya, sebagai badan, yang bekerjasama segala organnya dan mempunyai segala kuasa veto keatas segala keputusan, telah mengambil keputusan untuk kekal seperti ini. Ini hanyalah sebiji blog. Blog. Fikir banyak-banyak pun tidak menukar blog menjadi Lee Hon Ki mahupun Jang Geun Suk. Masih lagi blog.

Tapi jangan cuba melawan takdir, kalau sudah takdir link terubah, maka terubah la.