Recall

1. Pindah randah rumah. Kemas barang. Tilam baru, gerobok baru, bilik baru. Roomate lama, housemate lama, tambah housemate baru.

2. Masak spageti dekat rumah budak TTU2. Seronok bergotong royong. Makan makan.

3. Pesta Konvo. First time hias cupcake. Hari-hari pergi kampus, memeriahkan majlis. :D Jom heboh pun ada masa ni. Pergi juga. Memeriahkan majlis.

4. Keluar Jonker Walk. Pastu asam pedas. Cari apa benda entah, tapi nda jumpa. Last skali, dahaga singgah mana-mana kedai yang susah betul mau decide tiap kali lalu.

5. Baby benc!

6. Pulang beraya di rumah.

7. Buat precipitator untuk pbl. Banyak gambar yang kami berjaya tangkap daripada serpihan-serpihan precipitator ni. Tapi pose-pose semua exclusive untuk tatapan kami-kami ja. Kehkeh.

8. Beraya beraya rumah budak kelas dan bukan budak kelas, Syafiq, Farahin, Aini dan Sue. Semua rumah sedia makanan lazat-lazat. Mihun sup, laksa, spageti, soto. Memang meriah perut masing-masing. Jumpa anak-anak buah Farahin. COMEL.

9. Birthday kak yan. Buat kecil kecilan yang kecil Tapi kami berseronok.

10. Beraya edisi UTeM pula. Datang lambat tapi skill ambil makanan tu kena ada. Walaupun sikit-sikit ja dapat, tapi ok la. Dapat juga lambai TYT Melaka.

11. Kayak. Cukup 5 orang. Sangat seronok ok. Nda boleh halang pipi tarik-tarik bibir suruh senyum bila tengok balik gambar dan video yang ditangkap pada hari kejadian.

12. Berbasikal pula. Ain pun ada skali time ni. Gahaha. Basikal kapel buat riuh.

13. JFA sakit bontot.

14. Makan dekat Seoul Garden. Bersama Chatol. Kenyang gila. Seronok. Memasak dan memakan.

15. Meja 40.

16. Kak Pina kahwin.

17. Shooting Mandarin. Proses yang sangat menyeksakan. Sian orang lain, aku memang lemah sikit hafal menghafal nih. Berlakon lagi la.

18. Sukan antara fakulti. Jaga Futsal. Scoreboard. Urusetia OK? Haha. Walaupun agak menjengkelkan lelaki tepi-tepi. Banyak analisa dibuat masa jaga futsal ni. Futsal perempuan pun best. Banyak melibatkan emosi aku sebagai warga FKEKK which is johan futsal perempuan hari tu.

19. IRIS. Gerak sikit, snap. Lapar, snap. Tidur, snap.

20. First time naik towing truck.

21. Aku nda pasti apa berlaku, mungkin test, tapi lepas tu layan game-game dekat Melaka Mall. Best. Walaupun asyik kalah dengan Hanis main pingpong benda jadah nama tu. Lepastu layan aiskrim mcd sponsored by Hanis. Melepak MBMB pula. Wiwi dengan Hanis panjat jam besar kantoi dengan pak guard. Tengok orang ganti bunga. Banyak sesembang.

22. Keluar dari petang sampai malam. Tapi secara praktikalnya, ada balik rumah juga, ambil alat memasak. Memasak tepi pantai. Seronok, walaupun angin banyak merogol tudung aku, tiap kali gigit fries rasa crunchy-crunchy pasir. Kejar-kejar dengan kad Uno. Angin kuat gila nda bagi can.

23. Pergi Sungai Siput, Perak. Kawan Kak Yan kahwin.

24. Pergi JB.

BANYAK GILA lagi oi tapi nda tertaip. Dan peliknya, apasal scene-scene dalam kelas macam samar dan kabur.