Macam-macam Hal

DSC00281

Saya pun busy juga sebagai seorang student bukan final year. :D

Musim kegemaran aku datang lagi. Sem ni, 5 subjek. 3 subjek serius, 2 lagi, Mandarin dengan Tech Comm. Tapi gap 2 subjek ni la yang panjang-panjang. Nda paham la aku kenapa gitu. Tapi nda pa la, teruskan seja.

Akhir-akhir ni, banyak pula aku dapat minum pearl. Kiranya bukan lagi minuman rare yang bila balik sabah ja dapat minum.

Sekarang aku macam semakin melupakan Tumblr. Entah, macam nda siok suda ni. Teda suda katun-katun comel. Penat suda kali diorang melukis-lukis. Tiap-tiap kali buka, mesti banyak formspring punya soalan ja. Bosan. Ok, ok. Memang bergantung sama orang yang aku follow kan. Tengoklah macam mana nanti.

Sekarang aku tengah melalui cabaran 104 twit. Sebenarnya mau buat 104 tu dalam sehari. Tapi Failed! Haha. End up nda sampai 20 twit pun. Even sampai hari ni pun belum berjaya sampai target. Aku rasa, aku ni memang seorang yang busy.

Hari ni, ada kelas EMT. Tapi tidur lepas subuh gajah tadi, bangun ja jam tunjuk pukul 12.47PM. Menggelupur kau. Tengok henfon satu lagi, dalam kepala otak membayangkan adalah missed call, mesej berbakul-bakul. Tapi, tengok, ada satu mesej, berbunyi, “Yen, x g clas tau”. Campak henfon atas perut Pipie. Pheww. Terus pulas tombol pintu keluar bilik, Kak Aina pun ada tengah tengok tv. Ok la tu, ramai pula nda pegi kelas. Bukan main terlajak tidur. Bukan alang-alang.

Rambut semakin merimaskan pula. Bai.