Bila Lapar Menguasai Diri

Sebelah tangan makan coklat, sebelah tangan menaip. Post sebelum ni kenyang menggelupur katanya.

Lapar, lapar. Bila lapar, mula la terbayang macam-macam.

-Sagu yang bulat-bulat tu. Bubur mami buat, nda kisah perisa apa, cedok banyak-banyak sagu, masuk dalam peti ais kalau kenyang tapi takut habis adik-beradik makan. All-time favourite. Berlemon-lemon bintang.
-Anything with pearl. Choc pearl, milky tea pearl, ______ pearl, semua boleh. Teh Sabah pearl pun sedap. Tapi selalunya pearl habis cepat. Kecewa bila kena pilih add-on lain.
-Aiskrim. Semua aiskrim boleh, tapi selalu dihantui strawberry cheesecake.
-Biskut. Famous Amos double coklat. Tolong la cair di mulut.
-Bluberi Ciskek. Ini harus ada dalam list.
-Lompat tikam. Memang dia tikam tepat. Rasa pertama kali masa ramadhan lepas. Makan sekali, rasa diabetes. Makan dua kali, pun rasa diabetes. Rasa obesiti memang sentiasa ada. Baru makan 3 kali, dan semua dari tempat sama. Rasa pertama kali makan, masih terngiang-ngiang.

…dan list akan berterusan sampai jumpa makanan sebenar. Tapi dalam kes sekarang, tidurrr.

 

Besok, seorang. Lagi. :(