Yang Benar

Blog ini bukanlah menggambarkan ciri aku yang sebenar. Maka, benda-benda dalam ini, kurang sesuai dibuat untuk menjudge aku.

Contohnya, jangan la sebab post aku sebelum ni cakap pasal perasaan, kau cakap aku tengah gaduh ka, tengah sentap ka, tengah feel cinta ke udara ka, tiada, tiada.

Lagipun, aku ni bukanlah mempunyai bakat mengarang, mampu menyampaikan dengan bagus, penulisan yang hidup macam ada 3d, bla, bla. Aku taip semua plain hidup segan mati tak mahu apa yang terlintas itu yang tertaip ja, elemen wow pun kurang. So, kemungkinan terjadi mislead tu memang ada.

Tambahan lagi, isi dalam ini semuanya hal random. Jadi tidaklah digalakkan mengkelaskan blog aku ni dalam mana-mana kategori.

Jangan ambil serius gila. Maka, selamat hari raya. Jaga diri.

 

(Lama pula benda ni dalam draft)