Selasa

Selamat Hari Selasa.

Hari Selasa memang aku rasa jarang ada aktiviti spesel.

Bila ingat hari, mesti ada certain benda akan telintas dalam kepala otak. Hari isnin selalu jadi pilihan submit apa-apa kerja kan. Heh, siapa minat sama itu Isnin.

Rabu selalu ada aktiviti extra, ko-ku, bila tiada ko-ku, banyak pula aktiviti lain (zz). Kalau masa sekolah rendah, aku suka betul hari rabu, sebab boleh main lego masa KH. Naik sekolah menengah, hari rabu la paling nda suka masa SMAKK, sebab kena pakai baju pink Puteri Islam. Kain pink tu singkat sikit, sudahlah tudung pink pula extra terang. Memang tiap-tiap hari rabu rasa macam mau cepat-cepat balik.

Khamis pula ada juga, orang kerja pakai baju batik, khamis malam jumaat. Khamis kan yang balik awal sikit tu masa sekolah, kan. Khamis jadual aku full sem ni. Satu-satunya hari kelas sampai petang.

Jumaat. Cek kuku. Pakai baju sekolah kain batik masa SMAPK. Ingat lagi kain batik aku yang lunyai gilak.

Weekend, ndapayahlah.

Eh, aku lahir hari Selasa.