Janganlah, saya memang mudah dipengaruh.

Betul. Jangan dicuba.

Tapi selalunya secara temporary. Lepas tu sedar diri, balik bentuk asal. Itu pun, kalau tersedar la.

Mau contoh juga ka? Bole la. Bagi satu.

Ada satu masa tu, baru-baru tahi ayam juga, bila aku teringin gilak mau beli wacom. Ni semua akibat tengok excessive doodles dekat Tumblr, sampai aku pun terasa, eleh, aku pun boleh lukis ini, tapi tiada wacom tu ja. Apa la yang aku pikir. Lukis rumah-pokok-bukit-matahari guna pensil dan kertas pun belum lurus lagi. Lagipun, fulus setakat cukup makan. Aku kuburkan impian aku.

Nasib pandai sedar diri bukan anak sultan brunei mahupun bau-bau bacang Leonardo da Vinci.

Tapi bukanlah setakat kau suruh itu ini aku buat, ajak itu ini aku ikut, kau sudah anggap aku terpengaruh dan kau pun “horey horey, bejaya pengaruh yeyen” bisik dalam hati. Eh, kalau aku dedahkan rahsia seni mempengaruh aku, habislah. Semua mau try-try pengaruh aku. Bahahahaha.

Oklah, kamu pun mula sudah konon terpengaruh untuk percaya yang aku mudah dipengaruh. HAHA.

Bai.