Pengalaman Laser Mata Sepet

Haha. Ok tajuk sebegini rupa pun boleh. Untuk merakamkan detik bersejarah pada hari semalam, mari la saya menaip sepatah dua kata.

Semalam saya menjalankan pembedahan kecil keatas kedua mata saya, lasik la. Yay! Kini (hari pertama selepas hari bedah) saya bebas contact lens dan spek. Yay lagi sekali. Perasaan dia macam, ada contact lens sepanjang masa, tapi sebenarnya tiada pun. So, orang yang tidak pernah atau jarang pakai contact lens, mesti lagi besar impak dia. Impak eh.

Sakit? Hmm, sebelum. Tiada yang sakit masa proses cek tu semua, cuma masa dia besarkan pupil (mata hitam dalam anak mata tu) silau la sikit. Sebab banyak betul cahaya masuk mata. Lepas habis proses tu nanti dia letak something untuk kecilkan balik, tapi ambil masa jugak.

Masa sedang operation, sakit jugak masa proses first untuk create flap atas kornea tu. Macam rasa biji mata kena tekan, tapi masih bearable. Yang tu ja la kena tahan sikit, part kena laser tu, tiada rasa apa-apa pun. Ko duduk diam diam sampai dengar nurse countdown dalam kesamaran, semua ok sajo. Tapi scary la perasaan dia, pembedahan weh, tapi dia bagi peluk bantal dan cover badan dengan selimut. Peluk la bantal tu kuat-kuat dan baca ayat apa yang patut.

Oh haa, before masuk tu, nurse suruh bukak tudung, memang ready inner ninja tu, tapi macam malas pulak mau bukak tudung, so cakap ja la dengan nurse tu, tak kesah lah basah pun, pastu dia selit kapas celah tudung sebelah mata kiri kanan. Tak basah pun tudung lepas tu. Pakai tudung hitam pun. Kalau ikat rambut, buka la sesiap. Sebab baring nanti kepala kena lay flat. Jangan risau, nurse semua sopan dan membantu.

Sejurus lepas operation, doktor akan buat final cek dekat mesin tempat menunggu tu, tengok la apa yang patut. Lepas tu boleh duduk situ kejap untuk tenang kan diri. Tapi saya terus turun, sebab ada sorang nurse tu ajak turun sekali. Turun ja la terus. Masa ni boleh nampak 50% la, boleh pakai selipar dengan yakin. Haha. Tapi saya rasa, better la balik cepat cepat sebelum bius mata tu habis.

Masa habis operation ni, belum solat zohor lagi, dekat masuk waktu asar pulak tu, singgah la masjid kejap. Waze cakap masjid al-ghufran dekat TTDI paling dekat, kitorang redah ja la. Sampai masjid lebih kurang sepuluh minit, ambil wuduk part muka, sapu sapu ratakan air ja, jangan ganas, ingat pesan nurse ok. Haha. Sampai la time tunggu asar masuk, masa ni rasanya bius sudah habis, bro. Mula la episod air mata tiada noktahnya. T_T -- macam ni la rupanya. Dicucuk mencucuk tercucuk. Patutlah doktor pesan, balik ni terus tidur.

Lepas habis solat asar, terus balik rumah, sepanjang tu tak boleh terbuka mata, sakit. Sampai rumah terus tidur. Sedar ja pukul 8, Hanis kejut suruh solat maghrib dan isyak. Mandi sekali. Fuh. Semua tu saya buat tutup mata, kalau buka mata pun 1mm ja. Lepas setel, makan nasi goreng, lapar oi, syukur masih boleh cedok nasi sendiri siap tambah walau dalam kesamaran. Tengok tv kejap, eceh, konon. Pastu naik bilik, tampal pelindung mata, tidur!

Bangun, pukul 6 pagi. Berjaya tengok jam dinding!!! Sakit semua sudah tiada. Syukur. Hehe.

Sudah Tua

Last weekend, mummy dan 2 aunties datang KL. 2 aunties ni, kakak dan adik mummy. Mummy saya tengah.

Banyak-banyak conversation diorang, ada satu part yang saya mahu simpan dalam blog ni.

Mummy: Tua bah sudah kita ni kan.
Aunty 1: Ya, 50 lebih sudah kita.
Aunty 2: Saya pun 52 sudah ni.
Aunty 1: Berapa tahun lagi kita hidup ni kan.

And the conversation lead to their discovery of kehilangan/kematian rakan seumur mereka.

Hm, kalau diorang sudah cakap begini kan… Jadi nervous bah dengar. Sampai hari ni, apa yang saya sudah buat yang special untuk diorang (parents)? Hmm.

Lontong

Harini ada polis belanja lontong, suami dia nak pergi jawab exam untuk naik pangkat. Tazabar nak makan oi.

Sekarang ni dah 2015, last post aku bertahun 2014. Ke mana hidup sudah membawa aku?

Well, aku masih single, hidup di Bangi, kerja KL tapi sebenarnya Bukit Jalil, masih belum mempunyai haiwan peliharaan despite being single (haha), masih lagi berasal dari Keningau, sedang cuba menguasai skill pengurusan kewangan tanpa kebocoran dan lain-lain.

So diumur suku abad ini, masih banyak lagi perlu dicapai, diplan, tapi entahlah.

Kadang-kadang aku rasa, aku nak pack barang dan lari balik duduk bawah ketiak mummy.

Tahni'ah

Aku baru tahu satu benda tadi. Slowpokenya, slowpoke gila! Aku tak tahu nak melompatkah, menarikah. By the way, kalau la ada yang terbaca post ini, aku tak nak bagitau pun apa perkaranya, (mehh, lame) tapi bila aku tahu ja benda ni, aku kena dengan segera cari saluran untuk curahkan.

Ok, untuk menekankan lagi keslowpokean aku tadi, aku tahu news ni, 2 bulan lambat. Argh, stress aku. Jadi sudahnya bukan news, menjadi olds.

Mencurah-curahnya perasaan ku ini. Kenapakah aku tahu lambat. Mungkin ada hikmah kan? Kot kot la kalau aku tahu masa tu juga, mahu tempah tiket flight terbang terus gi sana bawak hadiah sebesar peti ais. Pastu terbit drama. Pastu, aku pun tak tahu ending dia macam mana.

Hikhikhik. Happynya! Pegi beli kacang la kejap lagi, bagi hadiah untuk diri sendiri. Banyaknya aku mau tulis, tapi aku tahan tahan ja ni.

"Just because you can doesn't mean you should." Kan?

Tahniah. :)

Al-Mulk

"Eh awak, lepas Al-Mulk tak boleh guna telefon la."

- Kak Nadh, di lorong public phone, pada minggu pertama aku mendaftar jadi budak asrama, 2002.

Yang aku ni tengah excited nak call sebab takde orang tak payah beratur. Rupa-rupanya.

Tu la, aku masuk antara first intake dengan second intake. Rules semua aku belasah je, pakai kasut putih tudung tiga segi, baju takde cekak. Belasah saja. Tapi slow slow, aku follow la. Form 1 jangan rebel, peraturan dia.

So pukul 11 tiap-tiap malam akan ada bacaan Al-Mulk (11 berapa aku pun tak ingat dah). Aku rasa semua asrama camtu kan. Surah ni ada 30 ayat pendek.  Budak form 1 wajib hafal surah ni. Aku memang slow bab menghafal ni, ayat 30 pendek tu memang jauh sangat la penghujung dia. Tapi lepas la jugak sebab akak yang tasmi' aku tu bagi hint muka ayat yang aku blank. 

Al-Mulk ni kalau ikut akak naqibah, dia untuk pendinding la, pelindung untuk kita yang tidur tak sedar apa. Perkataan Mulk tu sendiri maksud dia kerajaan kan. Kalau aku tak salah la, pergilah google sekarang. Semoga bukan terpesong. Kiranya bila kita baca Al-Mulk tu terbinalah dinding seperti kerajaan yang kukuh di sekitar pembaca surah ni. At least tu apa yang aku imagine dari tazkirah la kan.

So larangan guna telefon, dengar radio (scanner <-- ini), akan membocorkan dinding Al-Mulk ni. Bocor, bocor, bocor, dan runtuh. Maka sia-sialah bacaan tadi. Benda lagho pun tokleh.

Banyak lagi pesanan akak-akak, tapi aku kan bajet rebel, banyak pula makan kepala ikan bilis, ingatan melusuh.

Abang

Masa saya umur lebih kurang 5 tahun, saya selalu main dengan adik beradik. Eh. Jiran pun ada sekali. Masa tu masih kamceng lagi, belum ada insiden perang bebola lumpur lagi. Ok, so bila bermain dengan adik beradik, bermaksud saya bermain dengan abang dan adik lelaki.

Tapi pada satu hari yang spesifik itu, kitorang tak main terjun terjun bukit pasir pun, cuma berjalan ronda kawasan. Biasalah, jalan batu pasir tak rata, saya tersadung dan jatuh. Sakit woi, tapak tangan berdarah sikit. Jiwa wanita yang kesakitan mentrigger air mata supaya keluar. Abang saya panik, dan terus berkata, "rilek, rilek, tarik nafas, hembus." For that one second, saya terasa disayangi.

Membesar, bila fikir balik, he just wanna save his ass. LOL. 

#ruinedmyownchildhood

Old

Firefox,

You make me feel old.

I am offended.

Isk.

Anak Beruang Dua Ekor


Comel? Takde la comel sangat. Biasa biasa je.


Pun, biasa biasa je.

Takde rasa nak penyek pun.

Pertengahan 2014

Tahun lepas, 2013, tahun ni 2014. Tengah tahun sudah pulak ni. Bulan Jun kan. Maka, update terkini pasal saya, macam ni la, masih lagi bekerja sebagai buruh, masih lagi berada di Tanah Melayu, masih lagi berperasaan membuak-buak ingin pulang ke Borneo, masih happily single, ehem, masih lagi Yeyen dulu, tapi mungkin banyak la perubahan di sini sana, fizikal mahupun mental.

Agak-agak aku ni reti ka mau bisnes?

Haha, soalan yang tiada jawapannya pada orang lain.

Jumpa lagi tahun 2015.